Monday, 20 June 2016

TAJUK : KONFLIK DAN SEJARAH ISRAEL-PALESTIN
Dalam kajian ini, kami akan mengupas mengenai konflik dalaman yang berlaku antara pihak Israel dan Palestin yang masih belum menemui jalan penyelesaian dan merupakan isu yang hangat diperdebatkan seluruh dunia.
Menurut Mohd Roslan Mohd Nor (2010), konflik yang berlaku di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Menurut sejarah Palestin moden, Palestin telah jatuh ke tangan British semenjak tahun 1917. Hal ini berlaku kerana pentadbiran Turki Uthmaniyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan General Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentabir Palestin.
Berdasarkan rujukan Jurnal Al-Tamaddun, dapat saya simpulkan bahawa konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin adalah berpunca daripada pihak British yang memperkenalkan dasar-dasar pihak penjajah yang berlembut dengan pihak Yahudi dan membawa masuk golongan ini ke tanah Palestin. Hal ini diburukkan lagi dengan kewujudan agenda zionis selepas Penubuhan Zionis dunia yang ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897. Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri untuk mewujudkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi di Palestin.
Jika dilihat dari aspek sejarah,Menurut Abi Aisyah (2014), Palestin adalah bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka.Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Sejarah ini secara tidak langsung telah menyebabkan perebutan berlaku antara kedua-dua pihak dan perjanjian damai gagal disepakati. Maka, konflik antara Palestin dan Israel telah berlanjutan sejak sekian lama dan masih belum menemui jalan penyelesaian.

PERMASALAHAN KAJIAN
Konflik palestin dan Israel dipilih sebagai fokus utama kerana ia adalah isu yang hangat diperdebatkan dan telah membuka mata dunia. Kajian ini dilakukan kerana kurang kesedaran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku di sekeliling dan Jarang menggali ilmu tentang sebab berlakunya konflik antara Palestin dan Israel. Selain itu, cetek ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan punca kepada tercetusnya konflik antara Palestin dan Israel menjadi musabab kajian ini dijalankan. Justeru, kajian ini dijalankan agar dapat memperbaiki kekangan yang dihadapi.

OBJEKTIF KAJIAN
kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor dan kronologi berlakunya konflik di antara Palestin dan Israel.

PERSOALAN KAJIAN
Apakah faktor-faktor dan sejarah berlakunya  konflik yang berlaku antara israel dan palestin?

KAEDAH-KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan melalui dua kaedah, Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah menganalisis dokumen dengan meneliti keratan akhbar ,artikel dan tesis tentang konflik-konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

KEPENTINGAN DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini banyak memberi kepentingan kerana ia meningkatkan kefahaman mengenai isu konflik antara Palestin dan Israel. Seterusnya, kajian ini juga dapat menganalisis lebih mendalam mengenai konflik Palestin dan Israel.

Batasan kajian adalah konflik yang berlaku di negara Palestin dan Israel dan kajian ini telah dilakukan dalam Malaysia.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Faktor utam tercetusnya koflik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

  1. Agenda zionis
  2. Deklarasi Ballfour


 
Zionis
Pertubuhan Zionis merupakan suatu pertubuhan dan ideologi yang pada asalnya membela nasib golongan Yahudi yang ditindas di Eropah lebih-lebih lagi di Eropah Timur. Namun begitu, pertubuhan ini merupakan pertubuhan sekular yang mana sebahagian daripada mereka ingin menubuhkan sebuah negara. Ini boleh dilihat dalam dokumen yang dikenali sebagai Judenstat atau The State of Israel. Ini adalah ekoran daripada pemimpin pertama   Pertubuhan Zionis yang dikenali sebagai Theodor Herzl. Dokumen ini telah menjadi bahan utama dalam ikhtiar mereka mencari jalan untuk menubuhkan sebuah negara bagi golongan Yahudi.

Agenda Zionis Dalam Menjajah Palestin
Impian dan hasrat Zionis  berjaya diluaskan selepas kerajaan Islam Turki Uthmaniyah lemah dan tidak dapat mempertahankan tanah penduduk Islam. Sultan Abdul Hamid II tidak dapat menghalang penubuhan kerajaan Israel di tanah Palestin. Ini kerana lobi Zionis cukup kuat di England. Lobi zionis diketuai oleh Dr C Wheizmann penggerak Gerakan Zionis British dan beliau merupakan Ketua Perunding Zionis ( Chief Zionist Negotiator) untuk mendapat sokongan padu dari  pihak British.
Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri dalam mewujudkan sebuah negara yang merdeka bagi bangsa Yahudi di Palestin yang telah disokong oleh undang-undang awam (public law). Ini dapat dibuktikan melalui perancangan Zionis untuk mencapai agenda utama ini dengan penumpuan kepada 4 perkara.
  1. Melakukan promosi mengikut kesesuaian tentang penjajahan Palestin melalui sistem Pertanian Yahudi dan pekerja industri
  2. Mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh jentera Yahudi dengan cara menguasai institusi tempatan atau antarabangsa dengan mengikut undang-undang setiap negara.
  3. Menguatkan dan meningkatkan tahap kesedaran dan sentimen kebangsaan Yahudi.
  4. Melakukan persediaan untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan, jika perlu, untuk menjalankan tujuan serta agenda Zionis


Jika diperhatikan dengan teliti ketetapan di atas yang dipersetujui oleh zionis, maka kami dapat fahami dan menilai bahawa zionis telah membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk menjayakan agenda utama mereka dengan cara melobi untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa besar terhadap mereka. Strategi yang dikatakan bekerja berdasrkan undang-undang sesuatu negara juga menunjukkan betapa telitinya pergerakan mereka. Ini kerana meraka tidak mahu dianggap sebagai penentang kepada sesebuah negara.  Apabila strategi ini dapat dijayakan, maka negara-negara yang ada di dunia akan melahirkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap golongan Yahudi tersebut.
Kepakaran pihak Zionis dalam melobi telah membuahkan hasil apabila mereka dapat meraih simpati kuasa besar iaitu British. British pada masa itu merupakan suatu tunjang yang kuat dalam menyokong penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin. Ini dapat dibuktikan melalui Deklarasi Balfour yang telah dikeluarkan pada 2 November 1917. Deklarasi tersebut menyatakan:

“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palastine of a national home for the Jewish People, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prajudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palastine, or the right and political atatus enjoyed by Jews in any country”

Deklarasi ini dengan jelas telah membuktikan bahawa kerjaan British menyokong akan penubuhan negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. Deklarasi ini juga menunjukkan bahawa kerajaan British begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan penubuhan negara merdeka bagi bangsa Yahudi walaupun hakikatnya masyarakat yang menduduki tanah Palestin itu adalah hampir keseluruhannya Arab manakala majortitnya di kalangan Muslim dan sebahagian lagi di kalangan Kristian. Ketika itulah mereka terus mempergiat usaha untuk menawarkan kepada golongan Yahudi di Eropah terutama mereka yang berada di Eropah Timur untuk berhijrah ‘kembali’ ke tanah Palestin.

Tidak dinafikan lagi bahawa golongan Yahudi sememangya memerlukan pembelaan dan bantuan kerana mereka telah ditindas sejak sekian lama. Mereka adalah golongan yang tidak mendapat tempat atau dengan kata lain tidak mempunyai negara sendiri, malah mereka amat bimbang dan takut untuk mengaku sebagai bangsa Yahudi kerana mereka akan dihalau, dipaksa melakukan kerja-kerja dan sebagainya. Sebab itulah wujudnya istilah anti-semitism, yang mana ia sebenarnya berlaku di Eropah.  Ini jelas dibuktikan apabila Achcar ada menyatakan “previous waves of anti-Semitism were at their peak when you had Jewish immigration from Eastern Europe –that’s a well-known historical fact.”

Zionis telah menggunakan pelbagai cara serta strategi untuk memastikan mereka mencapai hasrat untuk membentuk sebuah Negara yang merdeka. Mereka telah menghalau penduduk keluar dari kampung masing-masing dan mereka menyerang masyarakat kampung sehingga ada yang terbunuh. Huru hara yang dilakukan oleh pihak Zionis telah menyebabkan ketidakstabilan terhadap Negara Palestin samada dari segi politik, sosial mahupun ekonomi. Oleh kerana mereka mendapat sokongan yang kuat daripada kuasa dunia, jadi mereka tidak merasa untuk takut melakukan keganasan dan penindasan terhadap penduduk-penduduk Palestin. Malah keganasan itu terus beraku hinggakan hari ini.

Semangat Deklarasi Balfour

Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Pada asalnya, Dr Wheizmann berasa kecewa dengan deklarasi tersebut kerana ia tidak tegas dan tidak memberi jaminan yang jelas dalam membentuk negara Israel. Perkataan ‘view with favour’ itu tidak memberi jaminan yang cukup kuat untuk memastikan negara Israel diwujudkan. Dr Wheizman meluahkan kekecewaannya dan menyatakan deklarasi itu sebagai “a Painful recession from what the government itself was prepared to offer”.

Menurut Cattan Henry (1973), Zionis telah menggunakan alasan bahawa orang Yahudi mempunyai sejarah lama di Palestin untuk mewujudkan negara Israel di  tanah Palestin. Alasan itu sebenarnya tiada asas dalam perundangan, malah tiada asas yang nyata. . beliau menegaskan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, sudah jelas dan nyata kaedah untuk mendapatkan tanah atau daerah. Manakala mengaitkan dengan sejarah lama (historic title) tidak termasuk dalam kaedah itu. O’connell pula turut menegaskan bahawa istilah historic title atau historic right digunakan dalam undang-undang antarabangsa untuk merujuk kepada permohonan mendapatkan hak kawasan yang berkaitan dengan perairan.
Terbukti di sin bahawa bedasarkan undang-undang antarabangsa, tidak ada sebuah pun negara  yang boleh ditubuhkan dengan alas an bahawa dia mempunyai kaitan sejarah semata-mata. Jadi Israel tidak boleh menggunakan hujah ini, lantas mereka mengambil alih Palestin secara paksaan dengan cara merampas, menduduki dan menghalau penduduk Palestin dari tanah air mereka. Dengan kata lain, Israel telah menggunakan keganasan yang melampau sehingga sanggup membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah sebagai contoh dalam peristiwa Deir Yasin pada tahun 1948.
Bagi Cattan, Deklarasi Balfour itu sebenarnya tidak mempunyai erti untuk memberikan hak dan kekuatan politik kepada Yahudi di Palestin. Beliau menanggapi bahawa ini dapat dilihat dari reaksi British yang telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 1922, yang meminta Deklarasi pada tahun 1917 iaitu “tidak sepatutnya menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Palestin, kerana ia tidak bermaksud untuk menghapuskan populasi masyarakat Arab di sana.
Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak British itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa British sudah berlembut dan menyebelahi golongan Zionis Yahudi. Kenyataan pada tahun 1922 tesebut hanya sekadar lontaran untuk meredakan kemarahan masyarakat Arab Palestin sahaja. Walau apa pun alasan yang digunakan oleh pihak British, lihatlah kesannya setelah 31 tahun Deklarasi Balfour diumumkan, Israel sudah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan disebalik kesengsaraan dan kepedihan rakyat Palestin.
Inilah yang digambarkan oleh Cattan dengan ungkapan walaupun Deklarasi Balfour itu dikatakan tidak mempunyai objektif yang kuat untuk menubuhkan negara Israel. Namun begitu, deklarasi ini telah memberi kekuatan kepada Zionis Yahudi untuk terus melobi kuasa dunia  demi satu  tujuan, iaitu mewujudkan sebuah negara khusus kaum Yahudi walaupun penubuhan negara haram itu ditentang hebat oleh masyarakat Arab Palestin dan umat Islam amnya.
Apa yang lebih malang lagi bagi Arab Palestin ialah apabila pengisytiharan negara Israel dilakukan pada 15 Mei 1948 yang mana pengisytiharan itu disokong oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sokongan itu secara rasmi telah mewujudkan sebuah negara “to be called Medinath Yisrael (The State of Israel)

KRONOLOGI KONFLIK ANTARA ISRAEL DAN PALESTIN


Abad ke-19

Kronologi sejarah berlaku di antara Palestin dan Israel bermula sejak daripada abad ke-19 di mana orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersatu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Gerakan Zionisme wujud selepas kolonialisme British berjaya menakluki dunia. Gerakan ini adalah sebuah gerakan politik dan mereka mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, orang Yahudi mempunyai hak yang ekslusif ke atas Palestin. Sementara itu, pemerintahan Turki Uthmaniyah yang menguasai Palestin dan Timur tengah semakin lemah. Pada 1869, sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan ini dibina bertujuan untuk membentuk jalan pintas daripada tanah jajahan british ke tanah jajahan Perancis. Hal ini telah menjadi suatu perkara yang cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir menjadi wilayah takluknya pada tahun 1882. Tambahan lagi, Terusan Suez dan kedudukan geografi kawasan timur tengah yang strategik telah menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan penjajah. Pada 1896-1897,salah seorang pengasas Zionisme,Theodore Herzl telah mengarang sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku nukilannya ini, Herzl menyokong penuh hasrat pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Kemudian, penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin mula diuruskan oleh Penyokong Zionisme.

Abad ke-20

Pada 1914-1916,Perang Dunia Pertama mula meletus. Pengaruh British dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah telah membuatkan orang Turki bimbang, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis yang bekerjasama dengan British telah mendesak British untuk menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Pihak Zionis menjanjikan negara Yahudi yang bakal terbentuk akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. British dan Perancis merancang membahagikan Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot. Pada masa yang sama, Orang Arab telah dijanjikan pihak British bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangkit menentang orang Turki. Lalu orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, pertemuan secara sulit antara British dan Perancis diadakan. Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara British, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan British kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Pada mulanya, orang Arab membantah. Mereka telah ditenangkan oleh British dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.
Pada 1920-1939, Liga Bangsa ditubuhkan dan sebahagian besar negara ahlinya terdiri daripada negara Eropah. Liga telah memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala British diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna British dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Tanggal 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar yang merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria. Setelah persetujuan British dicapai, Zionis memulakan penghijrahan besar-besaran orang Yahudi Eropah ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. Dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Pada 1939-1945,Perang Dunia Kedua pula meletus. Dasar British berkaitan Palestin telah berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British telah diaturkan oleh Zionis. Di Eropah, penghapusan etnik Yahudi dimulakan Adolf Hitler. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin. Pada tahun 1946, Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin. Pada tahun 1947, Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Palest in menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.
Pada 1948,Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Angkatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza. Manakala pada 1949,Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.
Seterusnya pada 1964, Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab. Pada 1 Januari 1965, Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel. Ketika peperangan Ju n 1967, Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakyat Palestin.
Ketika perang Oktober 1973, Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertoleransi. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Sekatan minyak telah dimulakan negar-negara arab. Rundingan damai yang baru bermula. Pada tahun 1974,Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.
Pada 1975,Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan operasi pengeboman yang dahsyat dimulakan Israel terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Selain itu,mereka menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel.
Pada tahun 1985,penentangan daripada orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakan kawasan Lubnan yang sterusnya dikemudi oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh.
Pada Januari 1986, pertempuran Empat Hari di Shatila. Seterusnya di bulan April ,pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Manakala pada bulan Julai,Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila.Begitu juga September, Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.
Pada Februari 1987, Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila.  Namun, tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Di bulan Disember tahun tersebut, meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan dan penentangan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah penjajahan Israel. Pada Januari 1988, Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei tahun tersebut, pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria, Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan. Mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Dan pada bulan Disember, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mewujudkan perlembagaan negara Palestin. Pihak berkuasa Palestin dan Israel. Mereka telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

Abad ke-21

Pada 24 Jun 2002, Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun begitu, perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.











RUMUSAN
Sebagai rumusan kajian, kami dapat ketahui bahawa konflik yang berlaku antara negara Palestin dan Israel telah lama berlaku selama 6 dekad yang lalu iaitu ketika kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Konflik ini tercetus kerana sikap pemimpin Israel dan Zionis yang cuma mementingkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Selain itu, kami dapat mengatahui bahawa pihak Zionis telah menyusun pelbagai perancangan dan strategi yang rapi untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pihak Zionis juga mempunyai kepakaran dalam melobi kuasa besar sehinggakan British dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyebelahi Pihak Zionis dalam agenda menubuhkan negara bagi orang Yahudi
Seterusnya, konflik ini juga tercetus akibat tiada tanda kesepakatan dalam memeterai perjanjian. Zionis juga hilang sifat berperikemanusiaan dan sewenang-wenangnya mengambil keputusan tanpa ada sikap toleransi. Konflik ini berlarutan menjadi lebih panjang apabila Zionis telah mencabuli hak rakyat Arab Palestin dengan mebunuh dan menghalau mereka daripada tanah air mereka sendiri.
Tuntasnya, semua pihak mestilah adil dalam menyelesaikan konflik ini agar konflik ini tidak berlarutan hingaa menyebabkan orang-orang tidak berdosa terkorban.





RUJUKAN

Abdul Qayyum M Suhaimi & Mohd Roslan Mohd Nor. (2013). PENENTANGAN RAKYAT PALESTIN TERHADAP ISRAEL DALAM INTIFADAH PERTAMA 1987: KRONOLOGI DAN KESANNYA KE ATAS KONFLIK DI PALESTIN. Jurnal Al-Muqaddimah, 1 (1) : 27-43.
Ermy Azziaty Rozali. (2011). Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour Dan Kesannya Terhadap PalestinInternational Journal of West Asian Studies , 3 (2) : 19-39.
Hanif. (2012). Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel. Diperoleh daripada http://duniamuslim.my
Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). KONFLIK ISRAEL – PALESTIN DARI ASPEK SEJARAH MODEN DAN LANGKAH PEMBEBASAN DARI CENGKAMAN ZIONIS. Jurnal Al-Tamaddun 5(1):  73-92
Neal Bernards. (1990). The Palestinian Conflict. San Diego : Greenhaven Press, Inc.





No comments:

Post a Comment