ISU
SEMASA DUNIA: KONFLIK SYRIA
PENGENALAN
Berdasarkan tajuk tugasan saya iaitu ‘isu-isu
semasa dunia’, saya akan mengulas serta mengupas mengenai isu yang berlaku di
negara Syria iaitu isu pemberontakan. Isu ini tercetus pada 15 Mac 2011 dan
masih belum menjumpai jalan penyelesaian hingga sekarang. Lokasi berlakunya
pemberontaka ini ialah di bandar-bandar utama seperti Damsyik, Aleppo, Homs,
Hama, Daraa, Deir ez-Zor, dan Latakia. Konflik ini dikatakan berlaku disebabkan
ketidak cekapan pemerintah. Hal ini kerana, rakyat Syria menganggap
pemerintahnya menggunakan sistem kediktatoran yang menggunakan kekerasan dalam
pemerintahan sehingga menyebabkan rakyatnya menanggung derita. Selain itu, korupsi
telah berlaku dalam pemerintahan Syria. Penyalahgunaan kuasa ini telah membuka
mata rakyat Syria untuk bangkit menetang kerajaan mereka yang telah korup itu.
Seterusnya, saya akan mengupas isu ini dengan lebih lanjut dalam tugasan saya
ini.
LATAR
BELAKANG ISU
Syria telah melaksanakan Undang-undang
Darurat 1963-2011 dan perlembagaannya
telah digantung. Keadaan ini sama seperti Syria berperang dengan Israel. Sejak
1963, kejatuhan Baath, pada waktu itu, parti Baath telah mengawal Syria. Sejak
itu, rakyat Syria melantik Presiden melalui refrendum dan tidak lagi mengadaka
pilihan raya pelbagai parti bagi memilih Presiden. Walaupun Rampasan kuasa 1966
dan Revolusi Syria 1970 telah berlaku, namun Parti Baath tetap kekal berkuasa.
Setelah
berlaku Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al-Assad telah memimpin Syria
selama 30 tahun dan beliau telah mengharamkan penubuhan parti politik serta
calon-calon pembangkang dalam pilihan raya. Pada 1982 pemberontakan Islam telah
berlaku kerana tidak tahan dengan sikap pemerintah yang menggunakan sistem
kediktatoran dalam pemerintahan dan rakyat Islam di Syria mempunyai fahaman
yang berbeza dengan pemerintah. Namun begitu, pemberontakan ini berakhir dengan
tragedi berdarah apabila Hafez al-Assad telah menjalankan dasar bumi hangus
terhadap bandar Hama untuk memadamkan pemberontakan oleh masyarakat Muslim
Sunni, termasuk ikhwanul Muslimin dan lain-lain. berpuluh-puluh ribu orang
terbunuh dalam kejadian yang sangat tragis itu.
Pemberontakan
sekali lagi telah berlaku di latakia 1999 apabila keluarnya isu siapa yang akan
mengganti tempat Hafez al-Assad sebagai Presiden Syria. Pemberontakan ini meletus selepas proses pilihan raya 1998.
Pertelingkahan telah berlaku antara Hafez al-Assad dengan saudaranya, Rifaat.
Dua orang telah dibunuh di Latakia. Penentangan ini mengakibatkan beratus-ratus
orang mati dan cedera. Namun kerajaan menafikan kenyataan tersebut. Setahun
kemudian, Hafez al-Assad meninggal dunia akibat masalah paru-paru. Beliau telah
digantikan oleh anaknya iaitu Bashar al-Assad. Bashar dilantik selepas pindaan
perlembagaan iaitu mengurangkan syarat umur untuk menjadi Presiden dari umur 40
kepada umur 34 tahun.
Keluarga
al-Assad sebenarnya merupakan kumpulan minoriti, tradisional miskin dan berasal
dari mazhab Alawite. Alawite merupakan cabang Syiah dengan anggaran 6-12
penduduk Syria. Mereka telah menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan
menanam rasa benci terhadap umat Islam Sunni yang membentuk 70 penduduk Syria.
Minoriti Kurd telah membuat bantahan. Presiden Bashar mendakwa bahawa Syria
kebal dari apa yang telah berlaku di Mesir, iaitu penggulingan kerajaan. Pada tanggal 25 Mac 2011, Sheikh Yusof
al-Qaradawi, dalam satu khutbahnya di Doha telah menyeru rakyat untuk bangkit
menentang kerajaan yang korup tersebut.
DEFINISI
DAN KONSEP KONFLIK SYRIA
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat
(2005), konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea,
kepentingan, dan lain-lain. manakala Robbin (1996:431) menyatakan bahawa konflik
dalam organisasi disebut sebagai The
Conflict Paradoks, iaitu pandangan bahawa di sisi konflik dianggap dapat
meningkatkan kerja kelompok, tetapi di sisi lain kebanyakan kelompok dan
organisasi berusaha untuk meminimalisasikan konflik. Menurut Stewart &
logan (1993: 341), konflik tidak hanya diungkapkan secara verbal, tapi juga
diungkapkan secara non-verbal seperti dalam bentuk raut muka, gerak badan yang
mengekspresikan pertentangan. Stewart & logan (1993: 342) sekali lagi
berpendapat bahawa, konflik tidak selamanya berkonotasi buruk, tapi mampu
menjadi sumber pengalaman positif.
Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa konflik ialah suatu perkara yang boleh
ditunjukkan melalui banyak cara serta gaya. Selain itu, konflik juga tidak
bermaksud ia selamanya membawa maksud negatif, bahkan ia boleh menjadi sebagai
bahan yang mampu memberi pengalam positif kepada kita.
FAKTOR-FAKTOR
TERJADINYA KONFLIK SYRIA
Faktor-faktor berlakunya konflik Syria
ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor langsung dan tidak
langsung.
FAKTOR
LANGSUNG
Antara faktor langsung yang
menyembungkan kepada berlakunya konflik Syria ini ialah, kerana pemerintah
Syria pada masa dulu hingga kini menggunakan sistem keditaktoran dalam
pemerintahan. Pemerintahannya bersifat diktator
bertopengkan demokrasi. Diktator di sini bermaksud satu pemimpin negara yang
memerintah secara tireni atau dengan cara ketenteraan dengan menindas rakyatnya
sendiri. Pemimpin sebegini biasanya menaiki takhta dengan menggunakan
kekerasan. Hal ini telah memberi tekana dalam kehidupan seharian masyarakt
Syria yang tidak diberi kebebasan hak untuk bersuara. Namun begitu, setelah
sekian lama rakyat Syria berdiam, namun pada tahun 2011, rakyat Syria telah
bersatu padu bangkit menentang kerajaan yang dianggap sebagai ‘gila kuasa’ .
Hal ini telah membuktikan bahawa kediktatoran dalam corak pemerintahan
merupakan faktor utama dalam faktor konflik syria ini.
Selain itu, kadar pengangguran dalam
kalangan rakyat juga turut meningkat ekoran daripada pengabaian kerajaan
terhadap sektor pekerjaan kerajaan pimpinan Basyar al-Assad tidak meningkatkan
pengambilan pekerja dalam sektor kerajaan sendiri. Dalam hal ini
juga,pembaharuan dan pembukaan kawasan di luar bandar juga dipinggirkan
menyebabkan penduduk tempatan terpaksa berpindah atau berhijrah ke bandar yang
lebih maju seperti di Damsyik dan Aleppo untuk mencari peluang pekerjaan. Oleh
itu, rakyat Syria dapat merasakan bahawa kerajaan pimpinan Basyar tidak
mempedulikan kehendak serta keperluan rakyat dan Basyar menganggap bahawa tiada
benda yang mustahak untuk dilakukan dalam pembangunan kerajaan. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan rakyat Syria. Setelah sekian lama menanggung derita,
rakyat Syria bersatu untuk menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan Basyar
al-Assad tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa faktor pengangguran
merupakan salah satu faktor penyumbang kepada faktor konflik yang berlaku di
Syria ini.
Di
samping itu, setelah 30 tahun berada di bawah kerjaan pimpinan Hafez al-Assad
dan kemudian di sambung lagi pemerintahan tersebut oleh anaknya, Basyar
al-Assad, rakyat Syria cukup menderita dan pedih ekoran kadar kemiskinan yang
begitu tinggi dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana telah dalam
penyalah gunaan wang negara dan pengurusan pengendalian wang yang tidak
efisien. Pengagihan wang pula tidak sama rata dalam kalangan rakyat. Hal ini
boleh dilihat bahawa golongan miskin akan terus miskin serta ditindas dan ianya
boleh menjadi saluran kepada golongan atasan untuk meraih kekayaan. Di sini
jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Basyar al-Assad tidak mempunyai
keadilan dalam pemerintahan. Tambahan lagi, wang negara telah digunapakai oleh
golongan pemimpin yang mana ia tidak memberi faedah serta manfaat kepada
kesejahteraan rakyat walau sedikit pun. Akan tetapi, wang yang dibelanjakan itu
adalah untuk kegunaan diri sendiri. Hal inilah yang telah menyebabkan ekonomi
negara Syria menjadi tidak stabil dan seterusnya akan merosot. Hal ini akan
menyebabkan harga makanan asas seperti gula, gandum, beras, jagung, minyak dan
lain-lain yang berkaitan akan melonjak naik secara derastik, walhal negara
Syria ini merupakan salah satu pengeluar minyak Zaitun yang terbesar di dunia. Kenaikan
harga ini akan menjurus kepada berlakunya inflasi yang tinggi kepada rakyat
Syria. Faktor kemiskinan ini telah membuka mata kepada rakyat Syria untuk
bangkit dan menentang kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.
FAKTOR
TIDAK LANGSUNG
Faktor tidak langsung yang menjurus
kepada berlakunya konflik Syria ini ialah, perbezaan ideologi antara rakyat
Islam Syria dengan pemerintah Syria. Hal ini kerana pemerintah Basyar merupakan
penganut Islam Syiah yang mana
ideologinya sangat berbeza dengan Islam Sunni. Manakala rakyat Syria
rata-ratanya beragama Islam Sunni.
Menurut
pendapat Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah, tidak semua Syiah itu sesat. Ada juga
yang lurus. Antara ulama yang berpendapat begitu ialah, Yusuf Qaradhawi, Mufti
Mesir Ali Jum’at, Syeikh Al Azhar Tantawi, Din Shamsuddin, Hasyim Muzadi, Hj
Tuti Alawiyah dan Syeikh Al Buthi. Mereka bersama 200 ulama lain dari 50 negara
pada Julai 2005 menandatangani Risalah Aman yang menyatakan bahawa Sunni dan
Syiah adalah aliran yang lurus. Namun begitu Syiah yang dibawah oleh Basyar
al-Assad amat berbeza dengan apa yang dinyatakan tadi. Hal ini kerana Basyar
mempunyai tahap kebencian yang tinggi kepada umat Islam Sunni sehingga dia
menganggap bahawa orang Islam Sunni ini adalah golongan kafir.
Presiden Bashar
al-Assad adalah seorang Syiah Alawi dan sudah tentu penganut Alawi berpihak
kepada beliau. Kebanyakan panglima tentera, tentera elit dan pengawal republik
dikuasai oleh golongan Syiah Alawi atau ahli keluarga Assad. Pucuk pimpinan
kerajaan pula, kebanyakan dikuasai oleh Parti Ba'ath yang dipimpin oleh Bashar
dan dianggotai dari latar belakang agama dan komuniti kaum yang berbeza.
Bagaimanapun tidak sampai 50 peratus menteri kabinet dianggotai oleh ahli Parti
Ba'ath, termasuklah Menteri Waqaf (Hal Ehwal Islam) yang dikhususkan untuk
orang sunni seperti diperuntukkan dalam akta perlembagaan mereka. Menteri Waqaf
kini dijawat oleh Dr. Mohammad Abdul-Sattar al-Sayyed yang merupakan
pemegang Ph.D. dalam kajian perundangan Islam dari Universiti Damsyik.
Sebuah lagi
kumpulan pro Bashar iaitu kumpulan separa tentera yang dinamakan Shabiha
diditubuhkan pada 1980-an oleh ahli keluarga Assad iaitu, Namir
al-Assad dan Rifaat al-Assad. Kumpulan ini amat ditakuti oleh penduduk kerana
sering bertindak samseng dan juga sebagai penguatkuasa tidak rasmi yang
seolah-olah kebal dari undang-undang. Majoriti dianggotai oleh kelompok Alawi
yang sangat setia kepada ahli keluarga Assad.
Pada tahun 2000, apabila Bashar memegang tampuk pemerintahan, Shabiha dibubarkan. Bagaimanapun apabila tercetusnya konflik dalaman ini, Shabiha muncul semula sebagai benteng hadapan untuk menghadapi dan menyerang penunjuk perasaan serta rakyat tempatan yang memberontak. Mereka digambarkan seperti seorang yang berbadan sasa, kepala dicukur, dan berjanggut nipis. Mereka terdiri daripada golongan belia yang tidak bekerja dan kurang berpendidikan mendapat upah dari kerajaan Bashar. Kebanyakan kes-kes rogol dan tembak rambang sewaktu peperangan ini dikaitkan dengan mereka. Tambahan lagi, Basyar juga mengamalkan unsur syirik yang mana beliau memaksa rakayat-rakyatnya untuk sembah kepadanya. Hal ini merupakan satu perbuatan yang amat dimurkai oleh Allah Taala. Jika ada mana-mana rakyat yang tidak patuh kepada arahannya, maka tindakan keras akan di ambil.
Pada tahun 2000, apabila Bashar memegang tampuk pemerintahan, Shabiha dibubarkan. Bagaimanapun apabila tercetusnya konflik dalaman ini, Shabiha muncul semula sebagai benteng hadapan untuk menghadapi dan menyerang penunjuk perasaan serta rakyat tempatan yang memberontak. Mereka digambarkan seperti seorang yang berbadan sasa, kepala dicukur, dan berjanggut nipis. Mereka terdiri daripada golongan belia yang tidak bekerja dan kurang berpendidikan mendapat upah dari kerajaan Bashar. Kebanyakan kes-kes rogol dan tembak rambang sewaktu peperangan ini dikaitkan dengan mereka. Tambahan lagi, Basyar juga mengamalkan unsur syirik yang mana beliau memaksa rakayat-rakyatnya untuk sembah kepadanya. Hal ini merupakan satu perbuatan yang amat dimurkai oleh Allah Taala. Jika ada mana-mana rakyat yang tidak patuh kepada arahannya, maka tindakan keras akan di ambil.
Rakyat Syria telah
diserang oleh angkatan tentera Basyar dengan begitu dasyat sekali dengan
menggunakan pelbagai senjata yang ekstrem seperti serangan gas beracun,
serangan undara, serangan melalui bom-bom yang boleh meninggalkan kesan
sampingan dan lain. lain. Setakat ini, lebih 200 000 orang rakyat Syria telah
dibunuh oleh pihak rejim Basyar. Hal ini telah membuka mata rakyat dunia untuk
memberi bantuan dan sokongan terhadap rakyat Syria yang telah ditindas selama
lebih 30 tahun.
Hal ini telah
menyebabkan rakyat Islam Sunni telah bersatu padu bangkit dan menentang
kerajaan Basyar kerana ideologinya yang amat berbeza dengan Islam Sunni yang
mana ia boleh memesongkan aqidah umat Islam Sunni. Kebangkitan ini telah
mengangkibatkan angka korban yang sangat tinggi.
IMPLIKASI
TERHADAP MALAYSIA
Apa yang berlaku di Syria, sedikit
sebanyak memberi kesan terhadap Malaysia. Kesannya dapat kita lihat dari segi
politik iaitu, fahaman Syiah mula menular dalam masyarakat Malaysia. Hal ini
sebenarnya telah wujud di Malaysia, namun ianya tidak lah ketara sangat. Tapi,
apabila wujudnya konflik ini, penyebaran Syiah menjadi semakin berleluasa di
tanah air tercinta ini. Masyarakat Islam Malaysia mudah terpengaruh dengan
fahaman Syiah ini kerana ia dianggap lebih mudah dan senang dalam melaksanakan
kewajipan dalam agama Islam Syiah tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa
segelintir umat Islam kini kurang keimanan dan mereka mudah terpengaruh dengan
fahaman songsang yang boleh menjejaskan awidah. Hal ini amat ketara berlaku dalam
kalangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Syria dalam
bidang-bidang tertentu. Mereka mengikut fahaman ini atas dua sebab, iaitu
dengan rela hati ataupun dipaksa oleh kumpulan pro Basyar. Hal ini jelas
memberi kesan kepada negara dari segi politik kerana ia melibatkan agama dan
juga sahsiah.
Selain
itu, konflik ini juga turut memberi kesan dalam institusi pendidikan Malaysia.
Hal ini boleh dilihat apabila berlaku peperangan antara rakyat Syria dengan
golongan pemerintah, maka akan berlaku kacau bilau di negara tersebut. Justeru
itu, untuk tujuan keselamatan, pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di
negara tersebut terpaksa dihantar pulang agar tidak berlaku perkara-perkara
yang tidak diingini. Namun begitu ada juga pelajar Malaysia yang menyertai
demonstrasi-demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Syria tanda sokongan mereka
terhadap rakyat Syria. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan proses dalam
pndidikan di Malaysia kerana pelajaran pelajar Malaysia terpaksa ditangguh buat
sementara waktu sehingga masalah yang dihadapi oleh kerajaan Syria dapat
diselesaikan.
Tambahan lagi,
kemungkinan Kementerian pendidikan Malaysia akan menambah skop subtopik
mengenai revolusi Arab dalam mata pelajaran Sejarah agar masyarakat Malaysia
dapat mengambil iktibar bahawa tidak semestinya kesejahteraan yang dituntut
secara kekerasan dapat memberi kesejahteraan rakyat. Sebaliknya hal ini telah
menyiksa rakyat sehingga berlaku pertumpahan darah. Hal ini jelas membuktikan
bahawa konflik Syria ini telah memberi kesan kepada sistem pendidikan di
Malaysia.
Kesimpulannya,
konflik Syria ini sedikit sebanyak telah banyak memberi kesan terhadap negara
Malaysia samada dalam politik ataupun dalam pendidikan.
CADANGAN
DAN PERANAN MALAYSIA BAGI MENGATASI MASALAH INI
Malaysia boleh mengatasi masalah ini
dengan memberi usul kepada Pertubuhan Badan-badan Bersatu (PBB), yang
menyatakan bahawa perperangan antara rakyat dengan pemerintah perlu
diberhentikan dengan kadar yang segara. Hal ini demikian kerana Malaysia
merupakan negara utama yang berada dalam PBB, jadi Malaysia boleh menggunakan
kuasa yang dia ada untuk berkerjasama dengan negara lain untuk memberhentikan
konflik ini.
Selain
itu, Malaysia boleh juga menyumbang
barang-barang keperluan terhadap rakyat Syria yang telah menjadi mangsa
keganasan pemerintahannya sendiri. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk,
pakaian, makanan asas, serta minuman. Perkara sebegini amat perlu dititikberatkan
agar kelangsungan hidup rakyat Syria dapat diteruskan. Tambahan lagi, Malaysia
boleh menjernihkan kembali konflik yang meletus di Syria pada tahun 2011 dengan
mengadakan perbincangan di kedutaan Syria yang berada di Malaysia. Kerajaan Malaysia
juga mungkin boleh memberi nasihat kepada Presiden Basyar al-Assad agar beliau
berundur daripada tampuk pemerintahan dan seterusnya di ganti dengan pemimpin
pilihan rakyat yang baru melalui proses pilihan raya. Dalam hal ini juga,
menerusi OIC, Malaysia boleh memainkan peranan dengan mengadakan perbincangan
dengan negara-negara Islam yang lain khususnya di rantau Timur Tengah bagi
mencari jalan dan ramuan terbaik untuk mengakhiri konflik ini.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dapat saya
simpulkan bahawa konflik Syria ini telah lama berlaku sejak zaman pemerintahan
Hafez al-Assad lagi. Akan tetapi pada tahun 2011, masyarakat Syria mula berani
menentang kerajaan Basyar al-Assad.
Konflik
Syria ini berpunca daripada dua faktor. Iaitu faktor langsung dan tidak
langsung. Faktor langsung boleh dikatakan ialah merangkumi masalah-masalah yang
berlaku dalam pemerintahan atau pentadbiran negara. Sebagai contoh,
pengangguran, kemiskinan, kemewahan pemimpin, korupsi dan penyalah gunaan wang
negara. Manakala faktor yang tidak langsung ialah, perbezaan ideologi anatara
rakyat dengan Pemerintah.
Saya
juga telah faham mengenai implikasi konflik Syria terhadap Malaysia. Syria
telah memberi kesan kepada Malaysia samada dari segi politik, mahupun
pendidikan. Dari segi politik, fahaman Syiah mula menular dalam kalangan
Masyarakat Islam di negara Malaysia ini. Manakala dari segi pendidikan pula,
pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara Syria telah di bawa
pulang ke Malaysia kerana bimbang akan berlaku perkara-perkara yang tidak
diingini.
Kerajaan
Malaysia boleh membantu menyelesaikan konflik ini melalui perbincangan dengan
negara-negara Islam yang lain khususnya di Timur Tengah. Selain itu, kerajaan
juga boleh menyumbangkan barang-barang keperluan yang asas kepada rakyat Syria.
Tuntasnya,
semua pihak haruslah memandang masalah ini dengan serius agar tidak berlaku
lagi pertumpahan darah.
RUJUKAN
KAMUS DEWAN edisi keempat. (2005).
Bangi: Utusan Printscorp Sdn. Bhd.
MAHAYUDIN
HAJI YAHAYA. (1984). SEJARAH AWAL PERPECAHAN UMAT ISLAM (11-78H/632-698M).
Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara
Syiah dan Sunni; perbalahan yang membawa perpecahan
Konflik
Syria bukan perang mazhab? Ditulis oleh Ismail Hashim Yahaya
Jom
ambil tahu konflik Syria II. Ditulis oleh zulfakirana
Hundreds Held In Syria Protest Crackdown
Apa yang
tersirat di sebalik konflik di Syria
Top 10 casinos in 2021 (100+ casinos) - MapYRO
ReplyDelete› casino › top-10-casinos › casino › top-10-casinos Nov 동두천 출장샵 18, 2021 — Nov 18, 2021 Top 10 casinos in 2021 춘천 출장마사지 (100+ casinos). Filter by. Find the best 파주 출장샵 casinos in Colorado 거제 출장안마 with a focus on our list of the best casino sites 김포 출장마사지
joya shoes 363n7ofsqq497 outdoor,INSOLES,Joya Shoe Care,walking,fashion sneaker,boots joya shoes 936m2qxqbm416
ReplyDelete