1.0
PENGENALAN
Perkembangan bahasa Melayu terbahagi
kepada 3 peringkat, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa
Melayu moden. Kemajuan bahasa Melayu
kuno bermula pada zaman kegemilangan kerajaan Siriwijaya iaitu kira-kira pada
abad ke-7 hingga abad ke-13. Kemajuannya terbukti apabila bahasa Melayu mampu
menjadi lingua franca serta bahasa
dalam pentadbiran. Penemuan batu-batu bersurat telah menjadi bukti kepada
kewujudan bahasa ini. Sebagai contoh, batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang
(683SM).
Seterusnya
ialah bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-14 hingga
abad ke-19. Bahasa Melayu pada zaman ini, banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab
kerana penyebaran agama Islam secara meluas di Nusantara. Bahasa Melayu ini
berkembang pesat pada Zaman kerajaan Melay Melaka (1403-1511). Penggunaan
bahasa Melayu klasik ini juga boleh dibuktikan melalui penemuan batu-batu
bersurat sebagai contoh penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Kuala
Terengganu.
Akhir
sekali ialah, bahasa Melayu moden. Bahasa ini bermula pada abad ke-19 hingga
sekarang. Bahasa Melayu moden ini berasaskan pembaharuan yang dibawa oleh
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi.
Abdullah Munsyi membuat pembaharuan dalam bahasa Melayu melalui karya-karyanya
sebagai contoh, karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri
(1837).
Tuntasnya,
perkembangan bahasa Melayu telah melalui pelbagai fasa atau peringkat dan
diakhiri dengan peringkat bahasa Melayu moden. Dalam tugasan ini saya akan
memberi penerangan peringkat-peringkat yang dilalui oleh bahasa Melayu ini
dengan lebih terperinci.
2.0
DEFINISI PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa definisi yang boleh
dikaitkan dengan perkembangan bahasa Melayu. Antaranya ialah Ismail Hussein
(1948:5) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada
lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang mudah
dilentur, yakni mudah menerima unsur asing, maka jadilah bahasa Melayu sebagai
salah satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan
Melayu.
Amat
Juhari Moain (2006:27) berpendapat bahawa terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara
bertahap–tahap iaitu dari zaman ke zaman. Zaman yang diyatakan tadi ialah zaman
bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu
Moden. Manakala ahli bahasa membahagikan
perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa
Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden.
Menurut Asmah Haji
Omar pula, bahasa Melayu purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu
Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh sebab itu,
bahasa Melayu dipercayai tidak wujud dalam bentuk tulisan.
Tuntasnya, bahasa
Melayu telah melalui beberapa tahap yang berbeza yang mana tahap ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden
3.0
BAHASA MELAYU KUNO
Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 :
27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno
dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang
telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan
bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah batu
bersurat.
Pada abad pertama, pedagang-pedagang dari India mula
berlayar ke arah Timur untuk menuju ke negara China. Manakala pedagang dari
China, belayar ke barat menuju India. Sehubungan dengan itu, perlayaran dua
hala ini telah memaksa mereka untuk melalui laluan Selat Melaka. Hal ini telah
menyebabkan pelabuhan yang terdapat di Kepulauan Melayu menjadi tempat
persinggahan mereka dan pelabuhan tersebut juga menjadi pusat perdagangan
antara India dan China. Di samping itu, para mubaligh Hindu turut datang ke
kepulauan Melayu untuk memperluaskan penyebaran agama Hindu. Kedatangan para
pedagang serta mubaligh Hindu telah menyebabkan bahasa Melayu mendapat pengaruh
baru. Bahasa Melayu purba kemudiannya berkembang serta berevolusi menjadi
bahasa Melayu kuno.
Kewujudan bahasa Melayu kuno boleh dibuktikan melalui
penemuan-penemuan prasasti ataupun batu bersurat. Bukti-bukti ini merupakan
bukti bertulis tertua yang telah ditemui oleh para arkeologi dan sajarawan.
Antara bukti-bukti batu bersurat tersebut ialah:
1. Batu
bersurat Kedukan Bukit yang terdapat di Palembang bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan 683 Masihi. Tulisan yang digunakan pada batu bersurat ini dinamakan
sebagai huruf Palava, iaitu sejenis tulisan purba dari India Selatan.
;
2. Batu
bersurat Talang Tuwo di Palembang bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan
684 Masihi. Residen Westtenek yang telah menemui batu bersurat ini pada 17
November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya
Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 kilometer dari Palembang.
Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Talang_Tuwo#mediaviewer/File:Talang_Tuo_Inscription.jpg
3. Batu
bersurat Kota Kapur di Bangka bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686
Masihi.
Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Kota_Kapur#mediaviewer/File:Prasasti_Kota_Kapur.jpg
4. Batu
bersurat Karang Berahi di Jambi bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692
Masihi.
3.1
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
Kesan-kesan daripada bahasa Melayu
kuno ke atas bahasa Melayu moden hanyalah sedikit, iaitu sekitar 50 baris
sahaja. Daripada kesan-kesan itu dapat dilihat ciri-ciri utama bahasa tersebut
iaitu:
1.
Bahasa
Melayu kuno sarat dengan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskerta.
2.
Susunan
ayat bahasa Melayu kuno tetap bersifat Melayu, dan tidak terpengaruh oleh
susunan ayat bahasa Sanskerta.
3.
Tulisan
yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari india seperti Devanagiri dan
Pallava. Bahasa melayu kuno tidak mempunyai pengaruh arab dari segi kosa kata
mahupun tulisan.
Tulisan Devanagari Tulisan Pallava
Sumber:http://id.wikipedia.org/wiki/Aksara_Dewanagari,
http://id.wikipedia.org/wiki/Aksara_Dewanagari
4.
Bunyi
b dalam bahasa Melayu moden dahulu
ialah v dalam bahasa Melayu kuno.
Sebagai contoh:
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
Bulan
|
Vulan
|
Bangun
|
Vangun
|
Barang
|
Varang
|
5.
Bahasa
‘e’ pepet tidak ada dalam bahasa Melayu kuno sebagaimana yang terdapat dalam
bahasa Melayu moden. Sebagai contoh:
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
Perkara
|
Prakara
|
Lepas
|
Lapas
|
Membangun
|
Marvangun
|
6.
Awalan
ber- dalam bahasa Melayu moden ialah mar- dalam bahasa Melayu kuno. Sebagai
contoh:
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
|
Berlepas
|
Marlapas
|
|
Perbuat
|
Parwuat
|
|
Membangun
|
Marvangun
|
|
7.
Awalan
di- dalam bahasa Melayu moden ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
|
Dilawan
|
Nilawan
|
|
Dibunuh
|
Nibunuh
|
|
Dicuri
|
Nicuri
|
|
8.
Bahasa
Melayu kuno mempunyai bunyi konsonan yang ‘dihembuskan’ seperti bh,th,ph, dan kh. Sebagai contoh:
·
Tathapi
·
Sukhacitta
·
Sukha
·
Dhuka
·
Bhumi
Bunyi hembusan itu
sama ada hilang dalam bahasa Melayu moden seperti perkataan suka dan duka, atau diganti dengan bunyi vokal ‘a’, seperti pada bahasa dan pahala.
9.
Bunyi
ny dalam bahasa Melayu moden ialah n dalam bahasa Melayu kuno
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
|
Sebanyaknya
|
Savanakna
|
|
Buatnya
|
Vuatna
|
|
Buahnya
|
Vuahnya
|
|
10. Bunyi h di dalam perkataan
tertentu yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telah hilang pada bahasa Melayu
moden.
Bahasa Melayu Moden
|
Bahasa Melayu Kuno
|
|
Tua
|
Tuha
|
|
Saya
|
Sahaya
|
|
Ajar
|
Hajar
|
|
4.0
BAHASA MELAYU KLASIK
Terdapat beberapa definisi
yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa. Antaranya ialah, menurut Asmah Hj.
Omar (1985:33), “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan
bahasa Melayu klasik.
Ismail Hussein (1984:24) berpendapat bahawa, pembahagian
yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut
zaman politik Sirivijaya, Majapahit, Melaka dan sebagainya.
4.1 SEJARAH
BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu klasik digunakan
pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa ini mencapai kegemilangan pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan Zaman Kerajaan Johor-Riau. Bahasa ini telah
menjadi bahasa baku dalam pemerintahan negara yang berpusat di istana serta
hubungan dengan dunia luar. Bahasa ini telah mempunyai peningkatan berbanding
bahasa Melayu kuno. Bahasa ini mempunyai taraf mutu yang tinggi, dan
mengandungi laras bahasa yang banyak dan untuk mempelbagai bidang ilmu seperti
undang-undang, perubatan, sejarah, agama, dan seni sastera.
Menurut Doktor Zainal Azma, perkembangan bahasa Melayu
klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya satera. Perkembangan
kesusateraan ini memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari
segi kebudayaan, dan keperibadian sesuatu bangsa. Dalam hal ini juga, bahasa
Melayu klasik turut digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah
karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan kemasyarakatan dan
juga keagamaan. Kemunculan bahasa Melayu klasik menyebabkan pengaruh Hindu mula
pudar sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku disebabkan
kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara. Ekoran daripada itu, kehadiran agama
Islam telah banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu pada waktu itu,
terutama dari segi kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan
bahasa Melayu kuno kepada bahasa Melayu klasik dapat dibuktikan dengan penemuan
batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390). Batu
bersurat ini ialah batu bersurat pertama yang ditemui mengguna perkataan-perkataan
arab seperti Allah, nabi-nabi, khalifah dan
rahmat. Berbeza pula dengan batu
bersurat Pagar Ruyung, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu klasik
dikatakan mencapai zaman kegemilangannya di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan
Johor Riau. Hal ini demikian kerana, kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi
kawasan yang penting dalam kegiatan perdagangan serta perkembangan Islam.
4.2 PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU KLASIK.
Kedatangan pengaruh bahasa
Arab serta agama Islam, telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi
dengan satu lagi tulisan baru, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini boleh dibuktikan
melalui penemuan batu bersurat Kuala Berang yang dijumpai di Sungai Teresat,
Kuala Berang, Hulu Terengganu bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan
dengan 4 Rejab 702 Hijrah.
4.3 PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA SASTERA DAN AGAMA
Pada zaman pemerintahan
kerajaan Melaka, pelbagai karya sastera telah diterbitkan. Antaranya ialah, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.
Bahasa Melayu klasik jelas digunakan dalam penulisan
agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang islam,
dan tasawuf. Karya yang tertua yang dihasilkan ialah ‘Aqai’id al-Nasafi. Kitab ini banyak membicarakan tentang hakikat
kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu dan lain-lain lagi.Terdapat juga
karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, serta ketatanegaraan pada
zaman pemerintahan Aceh. Antaranya ialah, Syair Burung Pungguk,
dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat
al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul
Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat
al-Tuluh karya Abdul
Rauf Singkel.
Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah, Hikayat
Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat
Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah
Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat
Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.
4.4
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Klasik mempunyai
ciri-ciri tersendiri. Bahasa ini mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu moden.
Ciri-ciri ini dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu huruf dan
perkataan serta, susunan ayat. Antaranya ialah:
1. Huruf
dan perkataan
a)
Penggunaan
huruf jawi
Huruf
ini telah diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain
bagi menyempurnakan bahasa Melayu. Antaranya, ca (چ), nga (ڠ), ga (ڬ), pa (ڤ)
b) Terdapat Pengaruh bahasa Arab
yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan agama dan hukum
Islam. Antaranya ialah:
·
Allah
Taala
·
Rasulullah
·
Daulat
·
Wallahualam
c)
Penggunaan
bahasa Istana:
·
Beradu
(tidur)
·
Gering
(sakit)
·
Santap
(makan)
·
Murka (marah)
d)
Menerima
fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’,dan ‘sy’. Sebagai contoh: khamis, zakat, syarat
dan lain-lain
e)
Terdapat
kosa kata klasik yang berbeza dengan bahasa Melayu moden
Bahasa Melayu Klasik
|
Bahasa Melayu Moden
|
Kaus
|
Kasut
|
Mangkin
|
Mati
|
Melangir
|
Mencuci
|
f)
Banyak
menggunakan kata pangkal ayat seperti:
·
Adapun
·
Alkisah
·
Arakian
·
Hatta
2. Struktur
ayat
a)
Ayat
panjang-panjang,berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan ayat tunggal yang
dicatumkan dengan menggunakan kata hubung tertentu. Sebagai contoh:
Maka apabila dibawalah akan
mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang
itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya
serta disuruh perbela akan dia baik-baik.
b) Bentuk
ayat pasif. Iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objuk pelaku atau subjek.
Sebagai contoh:
Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar
Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya
mengaji kepada mualim..
c) Penggunaan
partikel atau penegas ‘lah’ dan ‘pun’. Sebagai contoh:
“Maka Bendahara pun
hairanlah kalam raja seperti
dikhatankan orang rupanya”
d) Penggunaan
imbuhan awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam Bahasa Melayu kuno telah diganti dengan
‘ber’ dan ‘di’. Imbuhan ini masih digunakan dalam Bahasa Melayu moden. Sebagi
contoh: niperuat> diperbuat.
Marlapas> berlepas
5.0 BAHASA MELAYU MODEN
Zaman bahasa Melayu moden dikatakan
bermula pada abad ke-19 dengan kemunculan karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Pembaharuan bahasa yang digunakan
oleh Abdullah Munsyi pada masa itu telah mempengaruhi corak perkembangan bahasa
Melayu selepas itu. Pembaharuan yang dinyatakan ialah hasil daripada
pertembungan kebudayaan antara Timur dengan Barat. Walau bagaimanapun, zaman
Abdullah hanyalah zaman peralihan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu
moden. Tahap sebenar bahasa Melayu bermula pada abad ke-20.
5.1 PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU MODEN
Sebelum kedatangan British di tanah melayu, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi dan berfungsi sebagai sebagai bahasa pentadbiran
dan bahasa pengantar di institut pendidikan. Pada peringkat awal pemerintahan
inggeris, bahasa Melayu masih lagi digunakan dalam sistem pentadbiran atau
urusan rasmi. Malah pegawai British yang bertugas dikehendaki mempelajari
bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan sebelum disahkan jawatannya.
Sebahagian pegawai British tersebut ialah, R.O Winstedt, R.J. Wilkinson, O.T.
Dussek, A.M. Skinner, C.C. Brown dan W.E.
Selepas
Perang Dunia Kedua meletus, bahasa Melayu mula terpinggir. British mula
menyedari bahawa bahasa Melayu merupakan satu faktor yang menyebabkan kekalahan
mereka terhadap tentera Jepun. Justeru itu, pihak British mengambil langkah untuk
menggunakan bahasa Inggeris di tanah Melayu secara meluas. Hal ini disebabkan
pihak British tidak mahu orang Melayu bersatu dan menentang mereka. Pihak
British telah menukarkan dasar pendidikan dengan menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Manakala bahasa Melayu hanya digunakan di
peringkat sekolah rendah sahaja. Pelajar yang lulus dalam bahasa Inggeris akan
menyandang jawatan-jawatan profesional dalam pentadbiran
Pada
awal abad ke-20, kesedaran mula timbul dalam kalangan sasterawan, wartawan,
budayawan, guru-guru dan ahli politik terhadap kedudukan bahasa Melayu. Oleh
itu, mereka telah berusaha dengan memperjuangkan bahasa Melayu secara individu
dan berkumpulan dengan menggunakan
penulisan dalam majalah dan akhbar tempatan. Maka dengan ini, lahirlah
tokoh-tokoh, para ilmuan dan institusi bahasa pramerdeka. Antara tokoh bahasa
Melayu yang dinyatakan tadi ialah, Abdullah Munsyi (1796-1854), Raja Ali Haji
(1809-1870), Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bn Haji Sulaiman (1876-1955) dan
Zainal Abidin bin Ahmad (1896-1973). Manakala institusi-institusi bahasa Melayu
yang ditubuhkan ialah, Pakatan Belajar Mengajar Pengatahuan Bahasa (1888),
Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (1934), Pejabat Karang Mengarang (1924) dan
Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).
Tanggal
22 jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diwujudkan di Johor Bharu,
Johor. Nama asalnya ialah Balai Pustaka. Pada asalnya, DBP hanyalah salah satu
jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Kemudian, kerajaan telah menerima
cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga untuk menamakan Balai
Pustaka dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan
taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP berperanan sebagai mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam penerbitan
buku, majalah, dan bentuk kesusasteraan lain. Selain itu, DBP juga berperanan menyusun dan
menerbitkan kamus bahasa kebangsaan dan menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan. Semasa mencapai kemerdekaan 1957, Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut
bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini
adalah bahasa Melayu dan hendak ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 menggariskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara iaitu
bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri,
tempatan dan badan berkanun. Selain itu, Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negera dan
menjadi alat utama perpadauan antara kaum. Cadangan ini tidak lain dan tidak
bukan untuk memastkan perpaduan antara kaum terus terjalin.
6.0 RUMUSAN
Secara
keseluruhannya, saya dapat rumuskan bahawa bahasa Melayu telah mengalami
perubahan dalam beberapa peringkat. Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu
Moden. Bahasa Melayu moden wujud pada abad ke-4. Bahasa ini banyak dipengaruhi
oleh bahasa Sanskrit. Manakala bahasa Melayu klasik wujud selepas bahasa Melayu
moden. Bahasa Melayu klasik wujud selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Bahasa Arab banyak mempengaruhi bahasa Melayu klasik dalam aspek ejaan, penulisan,
gaya bahasa dan lain-lain. Bahasa Melayu moden pula bermula pada abad ke-19
setelah kemunculan karya Abdullah Munsyi. Pembaharuan yang dilakukan oleh
Abdullah Munsyi telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu dalam perkembangannya.
7.0 RUJUKAN
Abdullah
Hassan. (1992). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Kuala Lumpur: Percetakan
Anda Sdn. Bhd
.
Ahmad
Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur
Bahasa Melayu. Ampang: Dawama Sdn. Bhd.
Nik
Safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (1986).
TATABAHASA DEWAN. Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Syarifah
Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar. (2007). BAHASA
MELAYU KERTAS 1 & 2. TEKS & RUJUKAN LENGKAP. Shah Alam: KHL Printing
Co. Sdn. Bhd.
Terima kasih atas perkongsian ini.Bahan imi amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan.Sekali lagi terima kasih.
ReplyDeletewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwow hebat
ReplyDeleteKepentingan bahasa dan tulisan dalam kalangan masyarakat Alam Melayu.
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian ilmu ini
ReplyDelete